2 Oktober 2010 - 20:30

Tehran, pemimpin agung revolusi Islam Iran Sayed Ali Khamenei berkata Iran dan Syria mempunyai pengalaman tauladan dan ikatan kesetiakawanan sepanjang 30 tahun, oleh itu kerjasama seperti ini haruslah di teruskan untuk masa-masa mendatang.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Tehran, pemimpin  agung revolusi Islam Iran Sayed Ali Khamenei berkata pada hari Sabtu bahawa Iran dan Syria mempunyai pengalaman tauladan dan ikatan kesetiakawanan sepanjang 30 tahun, oleh itu kerjasama seperti ini haruslah di teruskan untuk masa-masa mendatang.

Sayed Ali membuat pernyataan tersebut dalam pertemuan bersama presiden Syria Bashar al-Assad dengan kehadiran Dr Ahmadinejad, presiden Iran.

Beliau sangat menghargai Presiden lalu Hafez al-Assad dan menyeru kerjasama yang lebih antara dua bangsa ini sambil menyatakan kerjasama kedua negara ini sangat baik.

Pemimpin tertinggi Iran ini juga berharap pembaikan ekonomi dan kerjasama teknikal akan membantu dan meluaskan ikatan antara dua negara. beliau berkata tiada negara di rantau ini yang menikmati kerjasama dua hala dengan ikatan seperti ini selama 30 tahun.

Turut dinyatakan Amerika adalah penghalangan utama kebangkitan menyingkirkan penjajah, namun hakikatnya negara tersebut sangat lemah.

Sudah menjadi tanggungjawab buat semua negara di rantau ini untuk membantu kerjasama ujar beliau sambil menambah, semua sayap kepimpinan Iraq menaruh harapan kepada undian rakyat dan semangat kesetiakawanan untuk membangun semula Iraq dan menyelesaikan masalah rakyatnya.

"Sudah tentu ia memerlukan penyingkiran penjajah dari negara tersebut" ujar beliau.

Presiden Syria pula menyatakan bahawa hubungan baik dua bangsa ini merupakan model tauladan sambil mengatakan Republik Islam Iran dan Syria berkongsi beberapa posisi untuk menghadapi masalah global di samping berkongsi matlamat untuk ini.

"Syria dan Iran akan mempromosikan hubungan dan kerjasama, kami akan menjadi saksi janji-janji harapan antara dua bangsa ini" kata presiden al-Assad.